
Monthly Archives: Nov 2024
Kafe eatology. – Alhamdullilah
1MDB
SIAPA SEBENARNYA PEROMPAK 1MDB?
Nampak nya jumlah wang keluar masuk akaun 1MDB langsung tidak match , atau tidak tally.
Bukan sahaja jumlah wang keluar masuk tidak tally, bahkan jawapan yang di beri oleh Menteri Kewangan juga tidak kena atau “doesn’t hold water”.
Bila hendak bercerita tentang1MDB dan akaun nya biar lah kita berbicara dalam Bahasa mudah dan terma yang boleh di fahami oleh rakyat.
Perkembangan terkini terlihat seolah olah ada kecurian besar terjadi dalam perakaunan 1MDB.
Mungkin setelah kejayaan menuduh Datuk Seri Najib Razak pada kes 1MDB maka, pihak tertentu boleh mencuri dan menipu akaun 1MDB kerana “penyamun” sudah di dakwa.
Tapi bagi mereka yang boleh berfikir dan mengira , jika melihat pada jumlah wang pulangan Kembali kepada 1MDB dan jumlah hutang 1MDB yang “konon” telah di bayar oleh kerajaan Pakatan Harapan , jelas terlihat ada satu lopong besar atau “gap margin” yang sangat jelas.
Kemudian jawapan yang di beri pula membuat kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri Kewangan nya kantoi “Big time”
Ambil jalan mudah kiraan , jika Dana yang dalam akaun amanah khas 1MDB sekarang ada hampir Rm33.4 billion seperti yang diumum kerajaan Pakatan Harapan setakat ini:
– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion
– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta
– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta
– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion
– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion.
– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta
– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b
– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta
– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion
Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion
Maka persoalan timbul , ke mana kah perginya wang wang ini dan kenapa tidak di guna untuk selesaikan sepenuhnya hutang RM33.2 bilion 1MDB?
Siapa boleh jawap?
Jika kenyataan Tengku Zafrul konon konon hutang belum matang untuk di bayar, pasti wang wang ini ada dalam simpanan 1MDB.
Jika TZ ada kepakaran kewangan sudah pasti menggunakan wang pulangan ini untuk mengurangkan hutang induk (principal) yang mengujudkan interest.
Ia kiraan sangat asas dan basic yang mana budak sekolah pun tahu.
Namun, kerjaan PH dan Tengku Zafrul tidak berbuat sedemikian, kenapa?
Tengku Zafrul juga kata hutang bon akan matang pada sekitar hujung tahun ini, kenapa tidak kurang kan principal terlebih dulu?
Ketika kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir yang sangat terkenal dengan sifat memperbodohkan rakyat mengambil alih, segala benda dan segala perkara dikaitkan dengan hutang 1MDB.
Langit bagai hendak runtuh di buat oleh kerajaan PH berkenaan 1MDB.
Semua benda terjejas untuk membayar hutang 1MDB.
Segala aset di jual kerana 1MDB.
Segala elaun di potong dan di batalkan kerana 1MDB.
40,000 kakitangan awam di buang kerja kerana kerajaan tidak ada banyak wang sebab tanggung hutang 1MDB.
Akhirnya baru kita tahu, tiada 1 sen pun hutang prinsipal 1MDB yang dibayar oleh kerajaan PH melainkan bayar bunga sahaja.
Berpuluh billion yang di senaraikan di atas termasuk menjual kapal Jho Lo pun tidak mengurang kan hutang 1MDB kerana kerajaan PH tidak melunaskan hutang 1MDB.
Kemana beralih nya wang 1MDB , jika belum bayar hutang ia mesti dalam tabung akaun 1MDB tapi Nampak nya tidak ada.
Siapa sebenar pencuri wang 1MDB?
Terkini apabila Tun Mahathir berkempen dan menuli surat ke4 sempena PRN Johor ,jelas ada ketakutan akan kebangkitan BN dan Najib Razak.
Sama seperti Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir tidak tidur malam dan sanggup melawan nasihat Doktor untuk terus berkempen bagi menghalang kebangkitan BN dan Najib.
Ada kah wang pulangan 1MDB dan RM600 bilion yang entah kemana pergi nya menjadi igauan Mahathir dan Muhyiddin?
Atau pendedahan terbaru bahawa semua yang terbabit dalam skandal 1MDB ada lah orang orang Tun Mahathir termasuk yang terkini hakim Nazlan dan Tengku Zafrul Ketika berada di Maybank meluluskan Bon seperti yang sedang viral di Medsos hari ini?
Aplikasi Rakyat AR


